Universiti Teknologi Mara (UiTM) |
1. Ambil hostel yang kat Tingkat 1 nanti time nak pergi kuliah/kelas tkdelah rasa macam nak turun Bukit Broga apatah lagi - lagi bila tertinggal barang dalam hostel.
2. Try beli tikar baru sebab lantai kat hostel ni bukan bersih selalunya, manalah tau ada keturunan lipas sejak zaman paleolitik lagi.
3. Seterusnya, beli lah Kunci Mangga sebesar - besar yang boleh sebab kes kecurian Laptop, baju Topman,Iphone 10, Calvin Klein, bag Gucci memang kerap berlaku.
4. Surat tawaran UiTM, Medical Check Up, dan segala borang2 yang di download dari UPU jangan lupa nak bawak time registration sendiri - sendiri (Obamaself)
5. Time Registration tu datang seawal pagi yang boleh untuk beratur nanti, kalau sampai lambat memang jenguh menunggu lagi2 cuaca dah panas.
6. Prepare Air mineral (5L tak silap) skali dengan biskut (biskut tiger atau oreo tk kisahlah) sebab tu memang keperluan student apabila dewan makan tak bukak lagipun tengah malam memang tersangat lapar.(Hidup student memang tidur 2 pagi walaupun tkde assignment haha).
7. Hari Isnin adalah hari korporat so yang perempuan pakailah baju kurung tapi selalunya perempuan banyak baju tp taktau nak pakai yang mana -.-.
8. Kunci bilik nanti duplicate lebih skit sebab dah jadi lumrah kunci akan hilang tak mengenal masa last2 Roomate kena jadi surirumah haha.
9. Orang yang pakai macam polis tu la sebenarnya Pak Guard UiTM tapi dah di'upgrade'kan jadi Polis Bantuan. Saman student memang kerja mereka selalunya yang buat salah lah yang akan benci diorang ni hmm. (Jangan Nakal - Nakal Ye)
10. Terakhir sekali, belilah Ridsect atau Shieldtox sebagai senjata anda malam2, kalau tk memang gigitan nyamuk selalu bersama anda.
(Kawasan UiTM selalunya kat kawasan hutan atau pinggir bandar).
Itu Je Lah Tips Yang Mampu Diberikan Untuk Semua Yang Bakal Menjadi Mahasiswa/Mahasiswi di UiTM dan belajar elok - elok ingat harapan mak bapak di rumah supaya menjadi Pelajar Yang Cemerlang Di Peringkat Yang Tinggi.Ameen. :)
" There's No Elevator To Success, You Have To Take The Stairs"