Pengalaman Bekerja di Blue Valley Shoppe



Denim Jeans Store


     Ingat lagi time dulu - dulu baru habis SPM mestilah nak cari kerja sementara sebelum sambung belajar. Tak kan nak duduk rumah tengok TV 24 jam sambil layan Facebook yang asyik melalaikan dunia remaja kita. So, dengan beberapa orang rakan , kitorang pun mencari keje part time yang boleh kitorang keje sama - sama sambil enjoy lagi - lagi takyah fikir tentang homework ( ayat - ayat budak habis sekolah). After sebulan berlalu , dapt jugak kerja di salah satu Jeans Store yang bernama BlueValley Shoppe.



First of all , Blue Valley Shoppe ni memang terkenal di Malaysia dan mempunyai sebanyak 9 buah cawangan dalam negara ini. Meanwhile, dekat area Klang Valley sahaja dah ada lebih kurang 8 outlets so memang tak dinafikan bagus jugak marketing strategy company ni. Mostly yang datang beli pun adalah orang yang tinggal kat sini ataupun yang study kat area2 ni in KL.

BlueValley Outlets

So masa first time masuk tu memang excited , rasa nak mencari duit dengan titik peluh sendiri katekan. Boutique ni pun menunjukkan beberapa brand jeans yang diorang jual dan yang paling famous adalah Lee dengan Edwin. Seluar jeans jenama LEE selalunya straight cut dan selalu  digunakan untuk orang - orang yang berusia means orang tua.

Brand Jeans yang dijual
Masa first time keje sebagai promoter memang best lagi - lagi manager dengan supervisor memang sporting yang layan je perangai anak - anak buah ni cuma yang tak best sebab kerja dari pukul 10am sampai 10pm tau2 je balik rumah nak tidor terus. Selalu part timers akan datang kerja daripada pukul 2pm hingga 10 pm  Bila kerja full time memang agak keletihan jugak sampai kaki pun boleh cabut rasanya nasib baik ada break 1 jam 2 kali dalam setiap hari untuk lunch dan rehat sambil sembang - sembang dengan staff lain (nasib baik takde punch card so kadang - kadang terlebih masa pulak rehat haha).

Buat masa time tu tahun 2011 dah lama jugak sebenarnya, boleh belajar tentang cutting seluar macamna sambil belajar camna nak ukur badan sendiri maklumlah sebelum ni parents je yang bagi. Walaubagaimanapun, pernah satu kali memang agak bengang dengan management ni macam mana la Sales dalam satu bulan dapat cecah RM60,000 tapi bayar pekerja RM3.50 sejam that time nasib baik bos naik kan gaji time tu nak jaga hati pekerja. Dapat masuk je gaji 2 haribulan memang terus spent nak beli pelbagai barang - barang termasuk jeans dalam kedai tu sebab diorang bagi 20% discount untuk staff yang setiap sorang.

P/S : Bekerja dekat boutique yang ekslusif memang seronok tapi kalau boleh cari tempat yang more tinggi gaji sesuatu tempat tu gaji tinggi , experience yang dapat pun banyak.

Immanuel Kant






No comments :

Post a Comment

Hantarkan Komen Anda