Kerja Di Hotel


Grand Bluewave Hotel Shah Alam



         Bidang Perhotelan adalah bidang yang amat menarik hati untuk semua orang. Bahkan ia mudah untuk melihat gaya hidup yang serba mewah. So, sesiapa yang hendak kerja part time waktu cuti sekolah ataupun cuti semester adalah sangat digalakkan untuk kerja di sini. Sebabnya, Hotel ni memang sentiasa perlukan orang untuk bekerja. So, hotel ini pun divided into class2 yang tersendiri contohnya ada yang 1 star, 2 star, 3 star , 4star dan 5 star.



        Selalunya 3 hingga 5 star ini berada di kawasan bandar seperti KL, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Bandar - bandar besar seluruh negara. Untuk part timer, carilah hotel yang besar supaya nanti dapat gaji yang banyak tak macam hotel- hotel kecil. kalau kerja di hotel 1 Star atau lebih dikenali sebagai hotel bajet pun mungkin membuang masa sebab tak banyak pengalaman yang boleh dapat.




    Atleast yang 3 Star ke atas pun dah mencukupi dan kerja pun rasa puas hati dengan gaji yang diberi. Sebabnya management hotel tu pun tiptop. For muslims, jangan risau ada juga hotel yang halal walaupun bertaraf 5 star pun banyak. Anda cuma hanya perlu check di website JAKIM ataupun layarilah http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel/241-carian-direktori-hotel tu je for example Hotel Grand Bluewave dan The Royale Bintang Kuala Lumpur yang bertaraf 5 stars mempunyai sijil halal daripada JAKIM.




Sunway Hotel 

For those yang nak kerja part time, anda mungkin akan bekerja di Coffee House ataupun Banquet di hotel tersebut. Selalunya perempuan akan kerja di coffee house dan yang lelaki kerja kat Banquet. Keja Banquet agak letih jugak sebab nak angkat kerusi dengan meja untuk event. Habis je event kena kemas balik dewan tu so agak penat untuk orang yang baru seminggu kerja.


  Kerja kat coffee house tu pulak agak santai, dan korang akan ambil order daripada customer dan mungkin korang pun lama2 akan jadi pro buat air kopi ataupun teh ala - ala hotel gitu. So, pengalaman kerja memang best dan dapat communicate sekali dengan chef2 di kitchen yang masak untuk buffet dinner atau lunch. Most probably diorang ni agak rushing nak kejar order tapi diorang sempoi gitu.



Coffee House


   Kalau kerja hotel ni korang ada 2 shift iaitu :

- 7am to 3pm

-3pm to 11pm


Tapi kedua-dua nya kerja pun sama penat dengan sama gaji je. Pagi pun kadang2 banyak event seminar bagai so takde beza tapi mostly perempuan akan ambil yang pagi tapi lelaki mesti ambil shift malam.Kalau nak cakap pasal gaji pulak haha yang korang tunggu2 tu ni dia...


3 Stars - RM5 / Hour
4 Stars - RM6  / Hour
5 Stars - RM7 ke RM8 per Hour and above...

*Bayaran ini tengok jugak hotel mana dan progress mereka atas kewangan hotel tersebut.
*Bayaran ini yang standard untuk waktu sekarang ni tapi taktahulah kalau ada yang bertambah atau berkurang..


* Gaji akan dibayar pada hari tersebut dan juga pada minggu tersebut (Bayar Gaji Ikut Hari selalunya Ikut Event banyak ke tak).



So itulah je lah ilmu yang saya dapat berikan pada anda semua  dan harap - harap mencukupi untuk korang yang berminat untuk kerja di hotel pada masa hadapan nanti .


“He thinks money spent on a home is money wasted. He's lived too much in hotels. Never the best hotels, of course. Second-rate hotels. He doesn't understand a home. He doesn't feel at home in it. And yet, he wants a home. He's even proud of having this shabby place. He loves it here.” 

3 comments :

Hantarkan Komen Anda