Trip To Pulau Pangkor



        First of all, ini adalah antara tempat percutian yang terkenal di negeri Perak atas sebab ianya mudah ke sana dan juga sesuai dengan korang yang belajar dan bekerja di sini yang ingin relax dan chill out daripada kesibukan kerja dan penat lelah untuk student2 yg tk tidur malam buat assignment sepanjang masa. Percutian ke sini memang tidak perlu bajet yang tinggi dan memang sesuai untuk semua peringkat umur.

 Nak ke Pangkor , anda boleh membawa kereta sendiri dan ada disediakan tempat parking di Lumut Waterfront iaitu parking beringkat tapi kena bayar pada kadar yang berpatutan iaitu RM10 utk 24 jam pertama. Tempat parking tu adalah bangunan bertingkat yang juga agak benificial kereta anda akan selamat dari cuaca hujan dan panas mentari yang memeritkan. So, apabila sudah siap semuanya semua orang akan ke Jetty Lumut  untuk membeli tiket pada tambang RM10 untuk pergi & balik setiap orang. Akan ada 2 ferry iaitu warna putih dengan warna kuning dan semua orang dapat memilih mana- mana ferry yang anda suka

Jenis - Jenis Ferry :
Ferry Kuning
Ferry Putih

Anda memang akan terkejut apabila melihat ada je orang yang bawa motor masuk dalam tu maklumlah mereka adalah orang kampung yang berasal di pulau tersebut. So , ingat ferry ini mengambil selama 20 minit untuk sampai ke jetty Pangkor tapi hendaklah ingat turun kat Jetty Yang Ke-2 di Pangkor sebab yang pertama tu untuk penduduk kampung nelayan bukan Jetty Pekan Pangkor.


Setelah sampai ke Jetty Pangkor semua akan lihat banyak van pink di situ untuk hantar korang ke tempat chalet atau hotel yang akan korang tinggal. Tapi jangan risau, nak pinjam motor ataupun kereta sewa pun ada kat sini cuma faham jelah jalan raya kat pulau ni amatlah berbahaya.
Van Pink

Perkhidmatan untuk hantar korang satu trip selalunya RM15 sekali dan pandai2 le borak dengan abang tu tentang gerai makan minum yang murah dan sedap kat sini, abang - abang yang bawa van ada banyak pengalaman sampai harga hotel yang murah hingga yang paling 5 Star pun dia tahu just dapatkan info2 yg terbaik dari abang2 van haha.

Selalunya korang akan pilih untuk tinggal di Teluk Nipah sebab kawasan ni yang nampak paling  'Alive' untuk relax dan bersantai bersama keluarga dan rakan - rakan. So selalunya soalan chalet mana paling murah dan paling sesuai untuk students?Selalunya diorang akan tinggal di Mizam Resort dan juga Nazri Nipah Camp yang berharga RM30 dan RM40 satu bilik dan mostly korang akan terkejut ramai backpackers dari luar negara akan tinggal di sini sebab murah haha.

One thing korang kena ingat makanan kat sini memang tak banyak dan memang tak seperti harga yang ditetapkan so korang kena makan je apa yang ada sedap tak sedap tu lain cerita. Selalunya, aktiviti yang memang akan selalu korang nampak adalah :

  • Snorkeling
  • Boat Touring
  • Kayaking
  • Banana Boat Ride
 Dan Selalunya harga setiap aktiviti tu cuma RM15 je kalau nk murah pandai 2 nego dengan abang pantai tu itu bila korang memang nak main banyak aktiviti kat situ. Kalau ada yang bosan mandi pantai korang boleh je sewa motor RM8 sejam dan pusing satu pulau sampai puas tapi kalau malas jugak korang boleh naik van pusing satu pulau sambil pakcik van tu bercerita pasal tempat2 yang korang melawat tu untuk menghabiskan waktu korang kat pulau tu sambil merasai angin yang sepoi - sepoi bahasa gitu

Last but not least, bila korang dah enjoy kat sana lebih kurang 3 hari 2 malam di sana , korang balik pun akan pakai van pink yang dah memang ada kat situ dan tk payah untuk beli tiket ferry sebab tiket memang untuk pakai pergi balik dan beli sepuas -puasnya cenderamata kat pekan pangkor tu selalunya korang akan akan beli seafood dan key chain ala- ala pangkor style  dijadikan sebagai kenangan yang indah lagi lagi yang datang dengan kawan2 universiti haha.So enjoy dengan sebaik baiknya disitu dan anggap lah sebagai destinasi yang menenangkan jiwa dan merehatkan minda yang sihat.


Calm View In Pangkor




 P/S : Nanti bila korang nak sewa motor ingat isi minyak dulu sebab minyak memang diorang bagi memang nyawa  - nyawa ikan dah dan bawa dengan cermat sebab kat Pangkor jalan  jalan dia memang macam jalan dia  sempit sangat so berhati - hatilah dengan di jalan raya.


 The thing I love most about going on vacation is that I get to leave behind any kind of schedule. My entire life is scheduled from morning to night, and when I'm on vacation, there is no schedule.


No comments :

Post a Comment

Hantarkan Komen Anda